KUALA LUMPUR – U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menamatkan perjanjian perkongsian rangkaian akses radio 3G dengan Maxis Berhad (Maxis).

Maxis dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikatnya, Maxis Broadband Sdn. Bhd telah menerima surat penamatan Perjanjian Kerjasama dan Perkongsian Rangkaian itu bertarikh 21 Oktober 2011.

Maxis berkata, penamatan itu merupakan pilihan yang tersedia untuk U Mobile di bawah NSA dan ia secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 18 bulan pada 27 Disember 2018.

Katanya, penamatan itu tidak memberi kesan kepada keputusan kewangan bagi tahun kewangan 31 Dâ€Șisember 2017. – MalaysiaGazette