Tag: U Mobile
5G kedua: Notis Anugerah kepada U Mobile dikeluarkan bulan ini
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menilai Pelan Perniagaan Terperinci yang telah dikemukakan oleh U Mobile kepada MCMC.
Digi sudah ada 30 tahun dulu, bukan baru dalam dunia telekomunikasi...
“Saya sudah mulakan Digi lebih 30 tahun dahulu kemudian ada U Mobile dan juga REDTone. Tunggulah 15 hingga 18 bulan ini, baru semua tahu apa itu ertı perjuangan," katanya.
Menara Jendela: U Mobile siapkan 78 daripada 81 projek yang diberikan
Syarikat telekomunikasi U Mobile berjaya menyiapkan 78 daripada 81 menara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dalam projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pemilihan U Mobile tidak disemak semula – Fahmi
Ia kerana dalam konteks pemilihan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ia telah dilakukan secara bebas oleh pasukan teknikal dalam suruhanjaya itu, katanya.
MGNews: Fahmi Akur Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan dalam konteks pemilihan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), ia telah dilakukan secara bebas oleh pasukan teknikal dan diputuskan secara sebulat suara oleh ahli-ahlinya.
Banyak persoalan tidak terjawab mengenai tender kepada U Mobile- PSM
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, K. Arveent berkata, terdapat beberapa persoalan terbuka dalam pemberian tender itu yang boleh memberi gambaran seolah-olah mahu memanfaatkan kroni Kerajaan MADANI.
Dedahkan tender rangkaian 5G kedua kepada akses umum
Dalam pada itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut menggesa kerajaan menjelaskan mengapa dua pengendali gergasi telekomunikasi negara, CelcomDigi dan Maxis tidak dipilih sebagai pengendali rangkaian kedua 5G tersebut.
U Mobile dipilih melalui proses tender bukan penganugerahan terus – Fahmi...
Beliau berkata, suruhanjaya itu melaksanakan penilaian terperinci dari aspek teknikal dan komersial bagi memilih pengendali rangkaian mudah alih mengikut kemampuan dan syarat yang ditetapkan.
U Mobile dipilih penyedia 5G kedua atas beberapa faktor – SKMM
Melalui pemilihan itu, tanggungjawab pengawalseliaan terhadap U Mobile boleh dikuatkuasakan mengikut pematuhan yang telah ditetapkan dan sekiranya terdapat ketidakpatuhan maka penalti akan dikenakan.
U Mobile laksana projek rintis sekolah digital selama setahun – Eddie
"Kita akan terus menilai memantau keberkesanan serta sejauh mana ia dapat diadaptasi sepenuhnya oleh para guru, ibu bapa di sekolah kerajaan dan berdasarkan hasil itu kita akan meneliti kaedah untuk memperluaskannya lagi," katanya.

















