Dari kiri ke kanan: Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK, Wong Kok Leong, Ketua Pegawai Pengurusan Risiko dan Loh Von Jack, Timbalan Presiden, Jabatan Pengurusan Risiko, AFFINBANK bergambar dengan Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker yang diperoleh baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kumpulan AffinBank (AffinBank) dan Moody’s Analytics telah memenangi Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker 2017 baru baru ini.

AffinBank telah meningkatkan kecekapan operasi, keupayaan laporan dan analisis risiko serta mencapai objektif keseluruhan untuk menambah baik keupayaan mengurus pendedahan risiko serta mengukuhkan proses membuat keputusan perniagaan dengan melaksanakan perisian RiskAuthorityTM dan RiskConfidenceTM Moody’s Analytics.

Anugerah tersebut telah diterima di Majlis Anugerah Pengurusan Risiko Asian Anugerah Risiko dan Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko 2017 di satu majlis yang diadakan di Singapura.

“Pelaksanaan perisian ini telah menambah baik pengurusan risiko Affin, sejajar dengan Program Affinity yang baru dilancarkan – sebuah program transformasi strategik bagi Kumpulan
AffinBank.

“Susulan daripada peningkatan dalam keupayaan analisis data yang lebih kerap dan terperinci, AffinBank kini berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk memantau dan mengurus
pendedahan risiko selaras dengan tahap selera risiko serta melaksanakan kawalan pengesanan awal dan pembetulan, sekiranya perlu,” kata kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Pelaksanaan platform pengurusan risiko secara menyeluruh ini merangkumi pengurusan risiko aset liabiliti dan untuk memenuhi keperluan kepatuhan serta menambahbaik keupayaan pengurusan had pendedahan pihak balas secara bersepadu di AffinBank. – MalaysiaGazette