Home Dunia AS perkenal langkah baharu tingkat keselamatan penerbangan

AS perkenal langkah baharu tingkat keselamatan penerbangan

WASHINGTON – Amerika Syarikat melancarkan langkah-langkah baharu yang lebih ketat untuk meningkatkan keselamatan dalam penerbangan masuk ke negara itu.

Pada masa sama, Amerika Syarikat telah menarik balik larangan komputer riba di kabin.

Pada bulan Mac Amerika Syarikat mengharamkan komputer riba dari lapan negara yang majoritinya negara Islam berikutan kebimbangan digunakan sebagai bahan letupan.

Langkah-langkah baharu memerlukan pemeriksaan penumpang dan barangan elektronik ke atas 105 buah negara.

Semua syarikat penerbangan diberi masa selama 120 hari untuk mematuhi atau boleh dilarang membawa masuk alatan elektronik penumpang.

Syarikat penerbangan juga boleh dinafikan hak untuk terbang ke Amerika Syarikat.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly Iyang mengulas mengenai langkah-langkah yang diperkenal itu berkata: “Jangan buat silap, musuh kita sentiasa berusaha untuk mencari kaedah baru untuk menyembunyikan bahan letupan, merekrut orang dalam dan merampas pesawat”.

“Kita tidak boleh memandang ringan dengan ancaman baru, sebaliknya harus meletakkan langkah-langkah baharu untuk memastikan orang awam selamat dan menjadikannya lebih sukar bagi pengganas untuk berjaya”.

Langkah-langkah baharu, yang didakwa Kelly bukan yang terakhir termasuk:
Peningkatan pemeriksaan penumpang secara keseluruhan
Meningkatkan penyaringan peranti elektronik peribadi
Peningkatan protokol keselamatan di sekitar pesawat dan kawasan penumpang
Pemeriksaan anjing diperluaskan

Langkah-langkah itu jelas dari segi aplikasi operasi akan meliputi 280 lapangan terbang dan 180 syarikat penerbangan, yang menjejaskan purata 2,100 penerbangan sehari, membawa 325,000 penumpang.

Syarikat penerbangan akan menarik nafas berhubung penarikan semula pengharaman komputer riba terutamanya pelanggan perniagaan yang membayar tambang tinggi untuk perjalanan mereka.

Kelly telah menimbulkan kebimbangan mengenai penguatkuasaan larangan komputer riba yang lebih meluas pada bulan lepas, memberitahu Fox News beliau masih mempertimbangkannya.

Pegawai keselamatan dalam negeri pula memaklumkan komputer riba dibenarkan dibawa dalam pesawat jika syarikat penerbangan mematuhi peraturan baharu.

Peranti lebih besar daripada telefon pintar kini tidak dibenarkan dalam kabin penerbangan dari Turki, Maghribi, Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi dan Kuwait. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast