TUBUH manusia, terdiri dari sel sel yang sangat sensitif terhadap bahan bahan yang dimasukkan semasa makan, tersentuh dan terhidu.

Kemasukkan bahan bahan ini memerlukan satu proses yang sangat spesifik dan ia dikenali sebagai detoksifikasi.

Proses detoksifikasi bermula dari penyentuhan makanan pada badan. Sebagi contohnya, sekiranya sesuatu bahan itu tersentuh pada lidah, makan disitu proses permulaan ditoksifikasi berlaku.

Ini akan berlarutan sehingga bahan itu diserap dan di proses sehingga ianya dibuang sebagai bahan kumuh daripada badan.

Manusia dianugerahkan kebolehan detoksifikasi bahan secara bersendiri. Kita dianugerahkankan oleh Allah SWT dengan bahan yang dipanggil sitokrom P450.

Bahan ini adalah merupakan ibu kepada keseluruhan proses pendetoksifikasian bahan racun yang perlu dibuang. Tanpa sitokrom P450 ini, kita tidak akan mampu hidup kerana bahan beracun akan pasti merosakkan majoriti dari unsur badan kita.

Bahan bahan bertoksik ini sudah pasti akan menyebabkan fungsi dan kebolehan akan terganggu.

Proses ditoksifikasi berlaku pada dua peringkat yang besar. Peringkat pertama berlaku di dalam hati yang menggunakan sitokrom P450.

Manakala bahagian kedua berlaku pada hati dan di lapisan usus. Bahan bahan yang tidak boleh larut dalam air akan menjalani proses pertama detoksifikasi.

Proses ini harus menjalani beberapa aktiviti kimia yang menmbentuk bahan tidak larut air ke bahan separa larut atau larut penuh air.

Setelah itu bahan ini kemudia akan dialirkan ke system perkumuhan yang terdapat di sekitar.

Sistem pepeluhan, pembuangan air kencing dan perkumuhan adalah proses akhir pembuangan sisa toksik yang perlu dibuang.

Keracunan akibat dari pemakanan atau kehadiran bahan berbahaya didalam badan hanya berlaku dengan adanya 3 unsur utama.

Unsur pertama adalah kekuatan racun pada bahan tersebut, kedua adalah akumulasi pendedahan terhadap bahan beracun tersebut dan terakhir adalah kebolehmampuan seseorang itu mendapat penyakit akibat daripada pendedahan dan kumulasi tersebut. Ini akan memberikan kesan yang dipanggil risiko penyakit.

Untuk mengetahui berapa banyak kita terdedah kepada racun tersebut, cara yang paling sesuai adalah dengan menganalisa bahan tersebut pada bahan yang difikirkan terdedah kepada racun tersebut. Ini termasuk ujian terhadap darah, air kencing, rambut, kuku, sel lemak dan sebagainya.

Bahan ini akan mempunyai kandungan racun yang dapat memberikan pengetahuan dasar tentang kehadiran racun di dalam badan.

Pada manusia, terdapat 6 bahan yang dikira beracun. Ia perlu dihindari dengan seberapa boleh. Bahan-bahan tersebut adalah seperti Bisphenol A (BPA), Mercury (Raksa), bahan perflourinated, Phthalates,  Polibrominated diphenyl ethers dan Triclosan. Terdapat banyak bahan bahan ini disekitar kita.

Malah jika kita perhatikan beberapa bahan kosmetik, kita pasti akan rnampak bahan yang mempunyai fungsi seperti yang disebutkan di atas tadi.

Penyerapan bahan tadi boleh berlaku dari kulit, hidung dan mulut. Bahan banah ini akan memasuki fasa-fasa detoksifikasi yang terdapat dalam hari dan usus.

Sesetengah daripada kita lebih sensitif dari mereka yang lain. Mereka mudah mendapat kesan sampingan yang tidak diingini walaupun mendapat pendedahan yang sedikit berbanding dengan orang lain.

Kajian khusus mendapati terdapat beberapa punca boleh menyebabkan sesorang menjadi lebih sensitif.

Antaranya pendedahan yang berterusan, kekurangan nutrisi yang sangat penting seperti vitamin B, antioksidan, Magnesium serta Selenium.

Seseorang yang mengambil kadar gula yang tinggi dan protein rendah juga dijangka akan mendapat sensitiviti yang lebih tinggi. Kesan logam berat, stress dan trauma emosi juga mampu menambahkan kadar sensitiviti.

Akhir sekali, mereke yang mengalami masalah disbiosis usus dan mereka yang sememangnya telah dikodkan mendapat masalah ini akan senang mendapatkan penyakit tersebut.

Kebanyakan racun adalah dalam bentuk mudah larut dalam lemak. Bahan yang mudah larut didialam lemak ini sangat sukar untuk dikumuhkan.

Oleh yang demikian ia harus di ubah menjadi bahan larut dalam air. Proses inilah yang berlaku pada hati dan mengalihkan sturktur larut dalam lemak itu menjadi bahan yang larut dalam air.

Sitokrom P450 menjadi bahan asas bagi menukaran sturktur fungsi ini. Tanpanya, bahan bahan larut lemak tidak akan mampu menukarkan polarisasinya dan bahan larut lemak tidak mampu dapat dikeluarkan.

Sitokrom P450 mempunyai lebih dari 50 isoenzim dan berada dalam lebih dari 200 gen. Bahan ini mampu menyah polarisasi bahan sehingga 200,000 bahan.

Secara dasarnya sitokrom P450 ini dapa merubah bahan seperti ubat, detoksifikasi xenobiotic, kolestrol, steroid, eicosenoids dan retinoids.

Namun, banyak bahan yang lain dapat dipindahkan dari satu polar ke satu polar yang lain. Bahan ini kemudiannya barulah dikumuhkan melalui air kencing, najis, peluh dan sebagainya.

Setelap selesai pproses detoksifikasi tahap 1, maka ia harus menjalani tahap tahap 2.

Tahap ini akan merubah bahan yang bersifat semi larut air kepada bahan yang larut dalam air secara utuh.

Bagi menghasilkan bahan bahan tersebut, ia harus menjalani proses yang sanagat spesifik dengan substrat yang ingin diubah.

Bahan ini akan menjalani proses seperti konjugasi gluthathione, konjugasi aid amino, methylasi, sulfilasi, asitalasi dna glukoronidasi. Proses ini berlaku pada hati dan juga usus serta bahagain bahagian lain dalam badan.

Terdapat banyak penyakit penyakit yang boleh berlaku dengan kehadiran toksin-toksin ini.

Toksin-toksin ini mampu mengakibatkan penyakit seperti, penyakit saraf dan kejiwaan, sistem imun, kerosakan mitokondria dan metabolik, ganguan endokrin serta masalah genotoksik dan pembentukan barah.

Ini boleh berlaku dengan secara “semula jadi” dan mampu mengakibatkan penyakit penyakit yang yang sedia diketahui.

Seseorang yang dijangka mengalami masalah kerosakan tubuh akibat dari serangan penyakit ini haruslah menjalani pemeriksaan yang menyeluruh  bagi menentukan jenis racun yang mungkin sudah memasuki tubuh badan.

Pemeriksaan seperti darah, air kencing dan sebagainya perlu dijalankan bagi menentukan tahap kehadiran toksin tersebut. Ini bagi membolehkan kita memulakan proses mengnyah bahan tersebut dengan cara-cara yang betul.

Selain dari itu, pencegahan bagi memasitkan toksin itu tidak lagi masuk juga sangat penting. – MalaysiaGazette

Penulis adalah Ahli Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast