Qatar
UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir melaksanakan boikot terhadap Qatar pada 2017 dengan memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan ke atas negara kecil yang kaya itu apabila mendakwa ia menyokong keganasan.

DUBAI- Arab Saudi dan tiga sekutu yang menuduh Qatar menyokong keganasan bersetuju dengan permintaan Kuwait untuk melanjutkan tempoh 48 jam untuk Doha menjawab 13 senarai pertuduhan.

Tanpa menyatakan sama ada Qatar menolak tuntutan yang dibuat oleh negara-negara Teluk seperti yang diramakan, agensi berita Kuwait KUNA berkata, Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah telah meminta Arab Saudi dan tiga negara lain memboikot Qatar.

Kuwait bertindak sebagai orang tengah dalam pertikaian antara Doha dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir selepas menuduh Qatar menyokong pengganas dan bersekutu dengan Iran.

Qatar yang menafikan tuduhan tersebut menyifatkan 13 senarai tuntutan itu sebagai tidak munasabah.

Menteri Luar Negara Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani berkata, permintaan termasuk menutup stesen televisyen al Jazeera dan menutup pangkalan tentera Turki akan ditolak.

Arab Saudi dan negara-negara sekutunya mengancam untuk terus mengenakan sekatan sekiranya Doha tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Mesir berkata, menteri-menteri luar negeri daripada empat negara itu akan bertemu di Kaherah Rabu ini untuk berbincang lanjut mengenai Qatar. Namun tidak ada butiran terperinci mengenainya.

Mereka tidak menetapkan lagi sekatan selanjutnya ke atas Doha, tetapi bank komersial di rantau ini percaya bank-bank Arab Saudi, UAE dan Bahrain mungkin menarik deposit dan pinjaman antara bank dari Qatar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast