Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan pengguna Facebook ‘Catt Ginger’ kerana menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi laman sosial itu baru-baru ini.

“Syabas JSJ KL @PDRMsia bjaya tkap ‘Catt Ginger’ yg menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter beliau.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Catt Ginger’ didakwa memuat naik gambar Sultan Muhammad V dengan gambar kurang sopan berserta ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lalu.

Tindakan melampau pengguna Facebook itu telah dikecam oleh netizen dan mahu tindakan dikenakan terhadap ‘Catt Ginger’.

Namun, individu itu telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya pada 1 Julai lalu, menafikan telah menghina Sultan Muhammad V, selain mahu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast