Cawangan Bank Mandiri Bhd. di Malaysia

KUALA LUMPUR – Institusi pemberi pinjaman terbesar Indonesia, Bank Mandiri Bhd. akan memulakan operasinya sebagai sebuah bank komersial penuh di Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Sebagai sebuah institusi yang diiktiraf sebagai Bank Asean (QAB) di bawah Rangka Kerja Perbankan Asean, Bank Mandiri Bhd. akan dilayan sebagai sebuah bank tempatan.

Menurut Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PT Bank Mandiri Tbk, Kartika Wirjoatmodjo berkata, mereka masih menantikan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sebelum boleh memulakan operasi sebagai bank penuh di negara ini.

Dari segi keperluan modal katanya, bank tersebut memerlukan RM300 juta dan ada modal asal pada ketika ini sebanyak RM50 juta.-MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast