Seorang penunggang motosikal yang maut digilis sebuah lori di Kilometer 38 Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru di sini pagi ini.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut digilis sebuah lori di Kilometer 38 Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum digilis lori.

Tambahnya, motosikal ditunggang mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang tercampak ke lorong kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan mati di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kes lain, seorang lelaki maut apabila Proton Perdana yang dipandunya merempuh sebuah lori di kilometer 53.8 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Selatan pada 7.45 pagi ini.

Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Perdana yang dipandunya merempuh sebuah lori di kilometer 53.8 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Selatan pada 7.45 pagi ini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dan dua kereta iaitu Proton Perdana dan Perodua Viva.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa merempuh belakang lori sebelum kedua kenderaan itu terbabas ke lorong kanan jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kluang untuk dibedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast