Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Bhd. (PetDag) bakal memperoleh RM369.5 juta hasil pelupupusan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Filipina yang dijual pada harga AS$124 juta (RM533 juta)

Hasil pelupusan itu diramal berdasarkan 1.5 peratus modal pasaran kumpulan dan 37.5 peratus pendapatan tahunan, kata penganalisi Hong Leong Investment Bank, Lim Sin Kiat.

Dalam nota kepada pelanggannya, Kian Siat berkata, hasil tunai daripada transaksi tersebut dijangka disumbang kepada perbelanjaan modal kumpulan untuk meningkatkan mutu stesen-stesen minyak di Malaysia.

“Selepas keluar dari pasaran Filipina, mereka boleh memberi fokus kepada pasaran tempatan yang sangat kompetitif,” katanya.-MalaysiaGazette