KUALA LUMPUR – Akibat demam panas berpanjangan, penyanyi kumpulan Iklim, Saleem dimasukkan ke Pusat Pakar UKM Cheras sejak seminggu lalu.
Akibat demam, beliau sering dalam keadaan lemah namun punca sebenar penyakitnya masih belum diketahui.
Sebelum itu, penyanyi dikenali dengan lagu Cinta Dalam Debu dalam keadaan sihat semasa beraya di Terengganu dan membuat persembahan di Bukit Aman pada hari raya ketiga.
Difahamkan, Saleem juga dijangka menjalani pembedahan bengkak di bahagian testisnya namun ia bergantung kepada keadaan kesihatannya.
Akibat dirawat, beberapa undangan Saleem membuat persembahan di Terengganu terpaksa ditolak oleh isterinya, Juriah Bachok.- MalaysiaGazette