UNITED KINGDOM – Wayne Rooney akan diumumkan sebagai pemain Everton selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kelibat Kapten Manchester United itu bersama ejennya, Paul Stretford berada di pusat latihan Finch Farm beberapa jam lalu, lapor Daily Mail.

Rooney, 31, dikatakan telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan sekaligus mengesahkan laporan mengenai perpindahan semula ke Everton.

Rooney turut memberhentikan kenderaannya untuk melayan beberapa penyokong Everton yang berada di pusat latihan tersebut.

Beberapa penyokong Everton dilihat turut berkumpul sambil memperagakan jersi mereka yang ditanda tangani Rooney.

Sebelum ini, Rooney dilaporkan bersetuju kembali ke kelab lamanya itu biarpun 50 peratus gajinya berkurangan.

Rooney dijangka bakal menerima gaji 150,000 pound seminggu di Goodison Park yang merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi di Everton.

Untuk rekod, Rooney meninggalkan The Toffees ketika berusia 18 tahun pada musim 2004 selepas menyertai program remaja di kelab itu. – MalaysiaGazette