Bukan Parlimen Johor Bahru tetapi Lim Kit Siang akan mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah yang disandangnya yang kini ditukar nama kepada Iskandar Puteri.
Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang nampaknya enggan mengakui DAP melakukan kesilapan sendiri sehingga pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Seperti biasa, penasihat DAP tersebut pula menyalahkan RoS dengan mendakwa mereka tidak efisien dalam menjalankan tugas apabila terpaksa menunggu sehingga empat tahun kemudiaan untuk membatalkan pemilihan CEC.

“Mengapa RoS mengambil masa empat tahun untuk memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC berdasarkan senarai perwakilan Kongres 2012, adakah RoS tidak efisien, kompeten dan munasabah dalam menjalankan tugasnya?” soal Kit Siang dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan tersebut juga, Kit Siang berterusan membidas keputusan RoS tersebut didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan membuat tuduhan tidak berasas.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata jabatan itu akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Menurut Mohammad Razin, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast