Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman bersama tetamu ketika hadir pada Majlis Semarak Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di Maeps, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2017

SERDANG – Datuk Seri Najib Razak malam ini menghadiri Majlis Semarak Aidilfitri bersama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini malam tadi.

Majlis itu dihadiri kira-kira 2,000 anggota PTD dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dari seluruh negara.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Pemangku Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Datuk Lokman Hakim Ali.

Najib meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan para hadirin dan meninggalkan majlis kira-kira jam 10 malam.

Tetamu yang hadir pada majlis itu dihiburkan dengan persembahan daripada artis terkenal, Datuk Hattan dan Datuk Nash. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast