Sheikh Rached Ganouchi

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Bidang Peradaban Islam kepada Sheikh Rached Ganouchi, Presiden Pergerakan Al-Nahda,Tunisia.

Majlis penganugerahan ini disampaikan oleh Presiden UIAM yang juga Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim pada 12 Julai ini.

Sheikh Racheed Gannouchi dianugerahkan ijazah kerhormat tersebut sebagai menghargai jasa beliau dalam memberikan pandangan-pandangan konstruktif ke arah pembangunan peradaban Islam.

Dunia Islam mengenali beliau sebagai seorang tokoh pemikir dalam bidang peradaban Islam di samping seorang ahli politik yang progresif.

Beliau turut menyumbang idea ke arah kemajuan Tunisia melalui pelbagai program transformasi mengikut landasan acuan Islam yang merangkumi pelbagai aspek seperti politik, kemasyarakatan, hak asasi manusia, hak asasi wanita, pemodenan, isu-isu keagamaan serta pembagunan hubungan negara arab dan Islam.

Beliau juga telah memperlihatkan budaya berpolitik yang berlandaskan sikap lambat untuk marah dan cepat untuk bermaafan.

Dengan pendekatan tersebut, ia dapat diguna pakai dalam usaha mendamaikan perbalahan antara orang Islam yang bersaudara khasnya antara negara Arab dan Qatar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast