IPOH – Polis menahan seorang lelaki selepas dia mengamuk menggunakan gunting dan parang di tebing Sungai Pari, berdekatan rumahnya di Jalan Leong Boon Swee di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata, suspek berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam selepas polis mengambil masa sejam memujuk suspek.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergelutan antara suspek dan ibunya di rumah mereka, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Polis masih melakukan siasatan lanjut mengenai punca suspek mengamuk dan turut merampas dua bilah parang dan sebilah gunting daripada suspek,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Putih di sini, hari ini.

Abdul Rani berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan.

Katanya, polis mengesyaki suspek kurang siuman dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast