Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien melihat gelagat Anak-anak Pusat Permata Putrajaya ketika melawat gerai-gerai pejabat anggota pentadbiran/agensi pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 JULAI 2017

PUTRAJAYA – Kira-kira 5,000 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini diraikan dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.

Majlis tersebut yang turut meraikan jabatan dan agensi di bawah JPM dihadiri bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sambutan diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Sebanyak 12 gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu disediakan selain pertandingan gerai terbaik, pertandingan JPM Idol serta persembahan artis jemputan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast