
KUALA LUMPUR – U Mobile Sdn. Bhd. yang akan menaik taraf dan melakukan penyelenggaraan pada Julai dan Ogos ini dijangka menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Gangguan itu dijangka berlaku pada 18 Julai, 3, 8 dan 9 Ogos ini mulai pukul 12 tengah malam hingga 6.30 pagi.
Perkhidmatan dijangka pulih sepenuhnya pada 10 Ogos. – MalaysiaGazette