Home Ekonomi Penduduk Malaysia 32j tahun ini

Penduduk Malaysia 32j tahun ini

KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia meningkat 1.3 peratus kepada 32 juta orang pada 2017.

Jabatan Statistik berkata, daripada jumlah itu sebanyak 28.7 juta adalah warga negara dan 3.3 juta bukan warga negara.

Berbanding tahun 2016, kadar pertumbuhan penduduk warga negara dan bukan warga negara pada 2017 menurun masing-masing kepada 1.1 peratus dan 2.9 peratus.

Kadar pertumbuhan penduduk secara keseluruhan adalah 1.3 peratus.

Pada 2017, penduduk lelaki masih melebihi penduduk perempuan.

Nisbah jantina bagi tahun 2016 – 2017 masih kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Manakala nisbah jantina bagi warga negara dan bukan warga negara juga masih kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh yang sama.

Peratusan penduduk yang berumur 0 hingga14 tahun pada 2017 menurun kepada 24.1 peratus berbanding 24.5 peratus pada 2016.

Sementara peratusan penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus pada 2017.

Peningkatan penduduk dalam kumpulan umur ini memberi kesan secara langsung kepada peningkatan umur penengah pada 2017 (28.3 tahun).

Menurut jabatan itu, pada 2017, etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 mata peratus berbanding 2016 iaitu 68.8 peratus daripada jumlah penduduk warga negara.

Walau bagaimanapun, etnik Cina mencatatkan penurunan 0.2 mata peratus kepada 23.2 peratus, manakala etnik India dan ;ain-lain kekal masing-masing pada 7.0 peratus dan 1.0 peratus berbanding 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast