P

LONDON – EasyJet telah memohon sijil pengendali udara baharu di Austria bagi meneruskan operasi penerbangan di Kesatuan Eropah (EU) tanpa menunggu hasil rundingan Brexit terlebih dahulu.

Syarikat penerbangan British itu dalam satu kenyataan berkata, permohonan tersebut akan membolehkan EasyJet menubuhkan sebuah syarikat baharu, EasyJet Europe yang akan beribu pejabat di Vienna dan membolehkan ia meneruskan penerbangan ke luar Eropah dan negara-negara EU selepas Britain meninggalkan kesatuan tersebut.

Tambahnya, penubuhan syarikat tersebut akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Austria dan dalam masa yang sama mengekalkan kakitangan di Britain.

“Struktur baharu itu akan melindungi hak penerbangan sedia ada dalam Eropah dan dalam masa yang sama EasyJet akan terus memaksa United Kingdom dan EU untuk mencapai perjanjian yang mana secara minimumnya membenarkan penerbangan di antara UK dan EU,” kata kenyataan tersebut.

Sejurus selepas Britain mengundi dalam referendum Brexit tahun lepas, EasyJet telah memohon lesen daripada EU bagi meneruskan penerbangan dalam blok berkenaan.-MalaysiaGazette