Angin kencang dan cuaca kering menyebabkan kebakaran hutan di wilayah British Columbia masih belum ditangani. foto Agensi

MONTREAL – Seramai 24,000 penduduk di barat Kanada diarah keluar dari kediaman masing-masing selepas kebakaran hutan yang berlaku sejak lebih seminggu lalu di wilayah British Columbia semakin merebak.

Sekitar 60 peratus penduduk telah meninggalkan rumah mereka.

Menteri Pengangkutan, Todd Stone berkata, sehingga hari ini kira-kira 37,000 orang telah diarahkan berpindah selepas kebakaran semakin merebak akibat cuaca kering sehingga mendorong negeri itu disytiharkan darurat pada 7 Julai lalu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, pada masa ini sebanyak 162 kebakaran aktif dikesan termasuk 15 yang dikhuatiri mengancam kawasan penempatan penduduk.

Kira-kira 3,000 bomba dikerah memadamkan kebakaran di kawasan berkenaan.

Sebuah helikopter yang digunakan untuk memadam kebakaran terhempas di wilayah itu dan seorang juruterbang sedang dirawat di hospital.

Kabakaran itu tercetus pada 8 Julai lalu dan merebak seluas 18,015 ekar serta meruntuhkan lebih 2,000 struktur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast