KUALA LUMPUR – Petronas membatalkan semua sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi menghormati mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
Memetik laporan The Borneo Post, ia termasuk rumah terbuka yang dijadual diadakan di Kuching, Sarawak pada 11 April ini.
“Bagi pihak lembaga pengarah dan pengurusan Petronas, dukacita dimaklumkan bahawa semua sambutan Hari Raya seluruh kumpulan dibatalkan.
“Ini (sebagai) tanda hormat dan solidariti terhadap komuniti yang terjejas oleh kejadian (kebakaran paip gas) di Subang Jaya baru-baru ini.
“Ia juga bagi menghormati barisan hadapan yang bertugas menyokong usaha pemulihan yang dilakukan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette
















