Lambang roket DAP

KUALA LUMPUR – Pendaftar Pertubuhan (ROS) menepati janji apabila menghantar surat rasmi kepada DAP berhubung arahan menjalankan pemilihan parti semula hari ini.

Ketua Biro Guaman DAP, Gobind Singh mengesahkan menerima surat daripada ROS pagi tadi, namun tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung kandungan surat tersebut.

“DAP menerima notifikasi surat dari ROS pagi tadi,” tulis Gobind dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.

Pemilihan parti semula parti itu yang dibuat pada 29 September 2013 dianggap tidak sah susulan masalah dalam penjumlahan kiraan undi pada 2012.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah sebelum ini mengarahkan DAP berbuat demikian dalam satu kenyataan akhbar pada 7 Julai lepas.

Terkejut dengan arahan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berhasrat bertemu jabatan itu selepas mendapat notis rasmi pemilihan semula. – MalaysiaGazette