SEPANG – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT) kini mengalami masalah kekurangan guru subjek bukan teras seperti muzik dan seni.
Ini katanya, membantutkan usaha kerajaan menjadikan sistem pendidikan lebih holistik.
“Masalah ini mungkin berpunca daripada sistem latihan perguruan dengan kebanyakan bakal guru memilih subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Sains dan Matematik, berbanding subjek elektif,” katanya.
Proses penambahbaikan sekolah yang mempunyai 323 murid dan 28 guru itu bermula pada 2015.
“Selain tenaga pengajar yang mencukupi, keupayaan dalam menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap juga merupakan aspek penting dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dan berkualiti,” kata Dr Subramaniam. – MalaysiaGazette