RIYADH – Polis Arab Saudi menahan seorang wanita yang muncul dalam video dengan memakai mini skirt dan baju-t singkat.
Video wanita yang dikenal pasti secara dalam talian hanya sebagai Khulood, menyebabkan berlakuĀ perdebatan di media sosial tidak lama selepas ia dimuat naik di Snapchat pada hujung minggu lalu.
Rakaman video itu kemudian menjadi tular, mendorong siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Polis telah menyerahkannya kertas siasatan kes itu kepada pejabat pendakwa raya, laporan media Alekhbariya yang dikendalikan kerajaan negeri itu.
Video klip pendek wanita itu menunjukkan seorang wanita sedang berjalan melalui runtuhan kubu purba di Ushaiager, sebuah bandar di wilayah Najd.
Undang-undang Arab Saudi mengenakan peraturan ketat berhubung penampilan dan tingkah laku wanita.
Wanita Arab Saudi dikehendaki memakai pakaian hitam, dipanggil abaya, yang meliputi segalanya kecuali muka, kaki dan tangan. Mereka juga wajib menutup kepala.
Seorang jurucakap polis Riyadh yang dipetik oleh laman berita Sabq berkata, wanita itu memberitahu polis bahawa dia melawat Ushaiager dengan penjaganya yang sah dan video itu telah diletakkan dalam talian tanpa pengetahuannya. – MalaysiaGazette