Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi.
AMPANG – Penjualan nombor plat kenderaan US 1 hingga US1000 dalam tender terbuka secara bidaan diharapakan dapat menambah jumlah tabung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk manfaat hampir 6,000 ahlinya.
Presidennya, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata, ia adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk mengumpul dana bagi membiayai program kebajikan khususnya golongan artis.
“Kita akan menggunakan dana daripada penjualan nombor plat itu untuk tabung persatuan malah kita boleh buat program dan aktiviti untuk memberi sumbangan kepada artis veteran, sakit dan memerlukan,” katanya pada Majlis Silaturrahim Seniman bersama Masyarakat di Kompleks Studio Merdeka FINAS, di sini, hari ini.
Presiden Seniman, Zed Zaidi (tengah) beramah mesra dengan artis veteran, Hamid Gurkha (kiri) dan seniwati Wan Maimunah Wan Abdul Aziz Majlis Silaturrahim Seniman bersama Masyarakat di Kompleks Studio Merdeka FINAS, Hulu Kelang, Ampang.
Turut hadir, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob.
Beliau berkata, bidaan nombor plat kenderaan itu yang dibuka sejak 15 Julai lalu mendapat sambutan luar biasa dan sehingga kini bidaan telah mencecah sehingga RM20,000 bagi satu-satu nombor.
“Maknanya yang membida nombor plat US100 itu mungkin ada 50 orang dan sambutan sangat menggalakkan daripada kerabat diraja, ahli-ahli perniagaan dan selebriti,” jelasnya.
Katanya lagi, pihaknya akan mengumumkan nama pemenang dalam proses bidaan itu dalam satu majlis pada September depan.
“Sekarang ini kita buka tender pembidaan itu di www.platus.my sejak 15 Julai lalu dan kita akan tutup tender itu pada 20 Ogos ini.
“Kita ada masa dua minggu itu untuk memilih siapa pemenang dan pada September ini kita akan buat satu majlis untuk menyerahkan nombor-nombor kepada pemenang dalam bidaan itu nanti,” ulasnya.
Sementara itu, beliau berkata, penganjuran Majlis Silaturrahim Seniman bersama Masyarakat hari ini adalah untuk membetulkan persepsi negatif orang ramai terhadap golongan artis yang kerap dipandang serong.
“Kita tak nak orang anggap artis ini banyak sombong, masyarakat beri pandangan negatif terhadap kita dan hari ini kita sudah buktikan.
“Kita harapkan supaya masyarakat memandang lebih baik terhadap kita penggiat seni terutamanya kepada artis-artis Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast