BEIRUT – Pemerintah Qatar berkata, negaranya terbuka untuk mengadakan dialog bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara-negara teluk itu dengan syarat kedaulatan negaranya dihormati.
Ini merupakan kenyaataan pertama dari Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sejak empat buah negara jirannya memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan negara tersebut sejak dua bulan lalu.
Dalam ucapan yang disiarkan di stesen televisyen, Sheikh Tamim berkata, Qatar tidak takut untuk ditunjukkan serta membetulkan kesalahan dan sementara pakatan yang diketuai Arab Saudi itu telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan cuba mengasingkan Qatar, krisis tersebut telah membantu negara berkenaan mengenal pasti segala cabaran.
“Fasa yang sedang dilalui Qatar sangat signifikan dari segi peluang yang bukan sahaja untuk dibina tetapi bagi memenuhi jurang serta membetulkan kesalahan.
“Seperti yang anda tahu, kami tidak takut untuk menganalisa kesalahan dan membetulkannya,” katanya.
Ucapan tersebut dibuat selepas beberapa jam Emiriah Arab Bersatu mengalu-alukan tindakan Qatar meminda akta anti keganasannya yang dilihat sebagai langkah positif untuk memenuhi sebahagian daripada permintaan empat jirannya itu.
Tindakan UAE itu menjanjikan satu peluang optimis sejak negara berkenaan bersama Arab Saudi, Bahrain dan Mesir bertindak mengasingkan Qatar sejak 5 Jun selepas menuduh Qatar membiayai keganasan dan berkawan terlalu rapat dengan musuh Arab Saudi, Iran.
Setiausaha Amerika Syarikat, Rex Tillerson di Wangshington turut menyuarakan optimisme dan memberitahu pemberita di Washington awal Jumaat dengan mengatakan AS “bepuas hati dengan langkah” yang dibuat oleh Qatar dan menggesa empat negara teluk itu menjadikannya sebagai pertimbangan untuk menghentikan sekatan tersebut.-MalaysiaGazette