Semua yang maut adalah wanita yang menaiki Myvi dengan dua daripadanya tercampak keluar dari kenderaan dan identiti mereka belum dikenal pasti.
IPOH – Tiga maut, manakala tujuh lagi cedera termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampiran Kampung Selat Pagar, kira-kira 90 kilometer dari sini, hari ini.

Penolong Penguasa Bomba Balai Lenggong, Mohd Anuar Mohd Saff berkata kemalangan pada kira-kira pukul 4.44 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Exora, Perodua Myvi dan Kia Spectra.

Katanya, semua yang maut adalah wanita yang menaiki Myvi dengan dua daripadanya tercampak keluar dari kenderaan dan identiti mereka belum dikenal pasti.

“Punca kemalangan tidak dapat dipastikan, bagaimanapun kami dimaklumkan kereta Myvi serta Spectra terbabit dari arah Gerik ke Kuala Kangsar, manakala Exora pula dari arah bertentangan.

“Kesemua mangsa yang terlibat berumur di antara tujuh bulan hingga 40-an,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya semua yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Lenggong, manakala mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

–BERNAMA



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast