Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam. foto SAFWAN MANSOR, 25 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Sebanyak 461 kes gigitan anjing gila dicatatkan sehingga kini  di 20 lokaliti dan semuanya sudah diberikan vaksin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pada awalnya hanya tujuh hingga lapan lokailiti sahaja yang membabitkan gigitan anjing.

“Sehingga 20 Julai, jumlah haiwan yang telah diberi vaksin mencecah 17,799 haiwan. Kebanyakan mereka adalah haiwan peliharaan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Subramaniam berharap tidak ada lagi kes kematian wabak anjing gila pada masa akan datang.

“Kelima-lima kes yang telah dibuktikan bahawa adalah wabak anjing gila sudah meninggal dunia. Kita harap tidak ada kes baharu,” katanya lagi.

Subramaniam berkata, bekalan vaksin bagi membendung wabak terbabit mencukupi sehingga kini.

“Isu kekurangan vaksin ini tidak berbangkit. Tuduhan bahawa memberi maklumat yang salah itu tidak betul. Pihak pembangkang mahu gunakan ini sebagai satu peluang politik, tidak boleh guna serangan wabak sebagai landasan politik untuk agenda politik mereka,” katanya.

Tambah Subramaniam, ada Ahli Parlimen pembangkang di Sarawak yang cuba memesong dan mengelirukan rakyat dengan beberapa fakta berkaitan dengan pendirian dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu wabak anjing gila itu. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast