CANBERRA – Pengeluar makanan bayi jenama Heinz diheret ke mahkamah selepas ia didakwa secara palsu memasarkan makanan kanak-kanak sebagai sihat.
Undang-undang akan mengambil tindakan ke atas makanan ringan Shredz yang dibuat dalam bentuk jus dan kisar.
Heinz bagaimanapun menafikan dakwaan itu berkata, bar tersebut mempunyai “profil pemakanan serupa untuk kismis”.
Tetapi Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) berkata, makanan ringan itu sebenarnya adalah manisan.
Malah, ia mendakwa snek yang dijual untuk bayi itu mengandungi lebih 60 peratus gula.
Produk yang tidak lagi dipasarkan itu didatangkan dengan tiga perasa – peach, epal dan sayur; beri, epal dan sayur serta strawberi, epal dan chia seed.
Pada pembungkusnya terkandung 99 peratus buah-buahan dan sayur dengan jelas di bahagian depan.
Peguam ACCC, Tom Duggan memberitahu Mahkamah Persekutuan di Adelaide bahawa kandungan perisa beri, epal dan sayur Shredz mengandungi sehingga 68.7 peratus gram gula bagi setiap 100 gram.
Pakar Pemakanan Rosemary Stanton, yang membantu merangka garis panduan pemakanan Australia berkata, bar adalah lebih serupa dengan gula-gula berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran.
“Manisan dengan tambahan vitamin masih kekal sebagai manisan,” katanya.
Beliau menambah, walaupun produk itu mengandungi serat serta pelbagai vitamin, ia masih merupakan makanan yang tidak sihat.
Heinz menafikan semua pertuduhan membabitkan penipuan dalam pemasaran.
“Produk Shredz adalah makanan ringan yang terdapat dalam bungkusan kecil sesuai untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga.
“Produk Shredz mempunyai profil nutrisi pemakanan yang serupa dengan epal atau sultan kering. Heinz mempertahankan pemakanan ini berdasarkan maklumat pembungkusan,” kata syarikat itu. – MalaysiaGazette