Pasukan bomba memadam kebakaran bahagian hadapan kontena yang terbakar di Kilometer 168.2 Lebuhraya PLUS berdekatan Tangkak, Johor.

TANGKAK – Satu kemalangan berlaku di Kilometer 168.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira-kira pada 8 pagi ini, melibatkan sebuah kontena terbakar selepas terbabas di kawasan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa di laporkan dalam kemalangan tersebut, namun insiden itu telah menghalang semua lorong lebuh raya dari arah Kualau Lumpur ke Johor Bahru di tempat itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak (BBP), Bakarya Mohd. Salleh berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari BBP Tangkak dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat kejadian itu.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.45 pagi tadi.

Sementara itu, pihak PLUS menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kesesakan.

Pengguna dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka boleh mengambil susur keluar di Plaza Tol Tangkak sebelum keluar semula di Plaza Tol Bukit Gambir bagi perjalanan menghala ke Johor Bahru. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast