KUALA LUMPUR – Institusi perbankan Islam di Malaysia akan terus menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan kepada pelanggan yang layak menerusi skim-skim tertentu.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, institusi perbankan Islam menawarkan pelbagai produk pembiayaan perumahan untuk memenuhi permintaan daripada segmen pasaran yang berlainan contohnya kakitangan awam, kumpulan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan bandar serta golongan muda urban.

Produk-produk tersebut katanya ditawarkan mengikut kontrak syariah seperti Tawarruq, Musyarakak, Mutanaqisah dan Murabahah.

“Sejumlah RM14.25 bilion pinjaman telah diluluskan bagi pembelian hartanah kediaman setakat Mei 2017.

“Ini mewakili 37.3 peratus daripada keseluruhan pembiayaan sebanyak RM38.2 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Redza, garis panduan pembiayaan disediakan bagi melindungi pembeli rumah dengan memastikan mereka mempunyai kapasiti untuk mematuhi obligasi kewangan.

“Ini adalah untuk memastikan pelanggan tidak mendapat susah di kemudian hari, katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast