Dr. Abdul Rani Osman.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir awal minggu ini disebabkan tidak banyak agenda yang dibangkitkan dalam sidang itu, kata Dr. Abdul Rani Osman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meru dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, sidang DUN yang berlangsung selama 10 hari tetapi berakhir dalam masa satu hari setengah disebabkan hanya tiga usul sahaja yang dibawa.

“Ini perkara biasa bagi Sidang DUN pertengahan tahun. Ia berbeza dari Sidang Pembukaan Dewan pada awal tahun atau Sidang Belanjawan pada akhir tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada sidang DUN di zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan dibentangkan pada sidang pertengahan tahun bagi mendapatkan peruntukan tambahan.

Namun jelas Abdul Rani, perkara itu tidak lagi dilaksanakan di bawah pemerintahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dimana segala perbelanjaan kerajaan telah diambilkira pada belanjawan tahunan.

Sidang DUN Selangor berakhir setelah satu pengumuman dibuat Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Sidang itu yang berlangsung selama sehari setengah sepatutnya berlangsung selama lima hari itu telah ditamatkan tengah hari Selasa lalu menimbulkan rasa tidak puashati wakil rakyat pembangkang di Selangor. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast