Perbuatan pelajar perempuan tingkatan satu melakukan seks oral ke atas pelajar lelaki tingkatan dua itu telah dibongkar oleh guru yang kebetulan berlalu di makmal sains.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah terkenal di Kedah dilaporkan hanya dikenakan tindakan demerit (potongan markah) selepas dibongkar melakukan seks oral di makmal sains.

Perbuatan pelajar perempuan tingkatan satu melakukan seks oral ke atas pelajar lelaki tingkatan dua itu telah dibongkar oleh guru yang kebetulan berlalu di makmal sains.

Namun begitu, guru berkenaan pada mulanya diarahkan mengunci mulut kerana pelajar lelaki dikatakan mempunyai hubungan persaudaraan dengan penolong kanan sekolah.

Bagaimanapun, kejadian itu sudah tersebar luas melalui media sosial dan menjadi topik perbualan hangat.

Pelajar lelaki itu juga didedahkan pernah mencabul kehormatan pelajar perempuan sebelum ini.

China Press melaporkan, pengetua dan penolong kanan sebelum ini pernah diarahkan untuk berpindah kerana isu tersebut tetapi arahan perpindahan sekolah telah dibatalkan.

Pegawai dan pemimpin dari jabatan pendidikan negeri, lembaga pengelola sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru sekolah enggan memberi ulasan ketika dihubungi wartawan.

Sumber bagaimanapun memberitahu bahawa perbuatan dua pelajar itu menceroboh ke dalam makmal sains telah dirakamkan kamera litar tertutup.- MalaysiaGazette