Individu yang ingkar boleh didakwa

KUALA LUMPUR – Gejala rasuah yang berlaku pada hari ini bukan lagi ancaman biasa kerana ia mampu menggugat kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata hingga menyebabkan sesebuah negara yang stabil menjadi kucar-kacir.

Jika ia tidak ditangani secara holistik, ancaman rasuah dan salah guna kuasa yang kian menular ke semua peringkat masyarakat dikhuatiri bakal memusnahkan apa yang telah dikecapi negara selama ini.

Lantaran itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mahu seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memikul tanggungjawab
mengekalkan keamanan negara dengan mewujudkan persekitaran bebas ancaman rasuah dan salah guna kuasa.

“Rakyat perlu sedar keamanan yang wujud pada hari ini adalah hasil perjuangan dan keberanian perwira-perwira negara yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara,” katanya sempena sambutan Hari Pahlawan esok.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu tampil membantu dan menyokong usaha-usaha SPRM dalam memerangi kelompok yang mengkhianati amanah tanpa memikirkan kepentingan negara dengan melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast