SINGAPURA – Harga minyak naik ke paras tertinggi sejak Mei dalam awal dagangan hari ini berikutan penurunan pengeluaran di Amerika Syarikat mengetatkan pasaran, selain ancaman sekatan terhadap Venezuela.

Niaga hadapan minyak mentah Brent , penanda aras antarabangsa didagangkan pada AS$52.70 setong pada 0009 GMT. Harga awal mencecah AS$52.76, paras tertinggi sejak 25 Mei. Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) CLc1 naik sebanyak AS$0.11 atau 0.2 peratus kepada AS$49.82 setong.

Keuntungan bagi kedua-dua penanda aras minyak mentah pada landasan selama enam hari berturut-turut.

Harga minyak telah meningkat hampir 10 peratus sejak pertemuan terakhir Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain, termasuk Rusia bagi membincangkan langkah-langkah yang mungkin untuk mengetatkan lagi pasaran minyak.

“WTI mengancam untuk melepasi paras AS$50 setong, sementara Brent menolak melepasi AS$52 setong kerana fundamental pasaran minyak mentah yang lebih seimbang,” kata ANZ bank pada hari ini.

Harga Brent bagi penghantaran September sekarang sekitar AS$0.35 melepasi bulan Oktober.

Selepas kenaikan lebih daripada 10 peratus sejak pertengahan 2016, pengeluaran minyak Amerika Syarikat merosot sebanyak 0.2 peratus kepada 9.41 juta tong sehari pada minggu berakhir 21 Julai.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat menyusut hampir 10 peratus daripada kemuncak Mac kepada 483.4 juta tong.

Penggerudian bagi pengeluaran baharu Amerika Syarikat juga menunjukkan penurunan dengan 10 medan tambahan pada bulan Julai, paling rendah berbanding bulan-bulan lain sejak Mei 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast