KUALA LUMPUR – Pakar bedah di sebuah hospital di Indonesia bingung apabila mendapati terdapat dua pemetik api, dua biji bateri dalam perut kanak-kanak empat tahun semasa membuat satu pembedahan keatas kanak-kanak itu.
Pembedahan dilakukan keatas kanak-kanak bernama Hendro Wijatmiko selepas mangsa mengadu sakit dibahagian perutnya ketika berada di rumahnya.
Video proses pembedahan terhadap Hendro berdurasi satu minit 38 saat tersebar dan menimbulkan rasa panik di kalangan penonton.
Kejadian dipercayai berlaku di Jawa Timur, Indonesia.
Selain pemetik api dan bateri, turut ditemui beberapa barang permainan dan 11 keping plastik pelbagai warna.
Dipercayai, Hendro menelan kesemua barangan terbabit dan memerlukan dua pakar bedah untuk mengeluarkan kesemua barangan tersebut daripada perut Hendro. -MalaysiaGazette.