NEW YORK – Harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua, kedudukan teguh dalam tahun ini.
Lonjakan itu didorong sebahagiannya dengan jangkaan sekatan Amerika Syarikat terhadap sektor minyak Venezuela.
Semasa hari dagangan, perbualan berpusat di sekitar sekatan Perbendaharaan Amerika Syarikat yang berpotensi mensasarkan sektor minyak negara sebagai tindak balas kepada pilihan raya Venezuela yang dikecam Washington sebagai penipuan.
Ini membantu meningkatkan harga berikutan kebimbangan kemungkinan Amerika Syarikat mengehadkan import minyak dari Venezuela atau eksport bahan api Amerika Syarikat ke negara itu.
Bagaimanapun, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan sekatan hanya terhad kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
“Setakat ini pasaran minyak bukan membimbangkan,” kata James Williams, Presiden Perunding Tenaga WTRG Economics di London, Arkansas.
Minyak mentah Brent naik 0.3 peratus kepada AS$52.65. Brent mencecah AS$52.92 setong pada awal sesi dagangan, tertinggi sejak 25 Mei lalu manakala minyak mentah Amerika Syarikat melonjak hampir 1 peratus kepada AS$50.17 setong.
Beberapa anggota OPEC dan bukan OPEC akan bertemu pada 7 dan 8 Ogos di Abu Dhabi untuk menilai bagaimana kumpulan itu dapat meningkatkan pematuhan terhadap potongan pengeluaran yang bermula pada 1 Januari lalu.
Kaji selidik Reuters menyatakan pengeluaran minyak dari ahli OPEC meningkat, dengan pengeluaran Jun disemak kepada 200,000 tong sehari.
Di Eropah, gangguan pengeluaran di Royal Dutch Shell Plc melibatkan sebanyak 404,000 tong sehari di loji penapisan Pernis di Belanda berikutan kebakaran mendorong penanda aras diesel Eropah melonjak ke tahap tertinggi sejak November 2015 kepada AS$14.60 setong. – MalaysiaGazette