Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘memarahi’ sekumpulan wartawan dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu tiba-tiba naik angin apabila mendapat soalan bertalu-talu oleh mengenai dakwaan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao semalam supaya mendedahkan bukti tempat kelahirannya.

“Saya pernah menjadi pemberita. Jika ada sesuatu berita yang ‘sampah’ saya akan siasat. Jadi siasat dahulu sebelum kemukakan soalan.

“Jika tidak ia akan reflects (mencerminkan) pada anda, atau organisasi anda. Ia akan jejaskan pembawaan anda sebagai pemberita. Saya pernah menjadi pemberita sebelum ini, periksa berita dahulu,” katanya kepada beberapa orang wartawan yang bertanyakan soalan itu kepadanya.

Semalam, Ramesh menggesa agar bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menyatakan bukti tempat kelahirannya.

Ia timbul apabila terdapat keraguan mengenai tempat beliau dilahirkan sebaliknya ‘dibawa’ masuk ke Malaysia.

Ramesh dalam pada itu mendakwa, hasil daripada carian di laman sesawang ‘wikipedia’ yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957 telah diubah suai.

“Saya tidak mahu jawab sebab saya rasa pemberita perlu melalui ‘ujian’. Bukan sahaja ahli-ahli politik perlu melalui ‘ujian’ tetapi pemberita juga perlu melalui ‘ujian’,” jawab Kit Siang lagi.

Sementara itu, Ramesh mendakwa ada maklumat mendapati Kit Siang datang ke Malaysia ketika berusia 16 tahun pada tahun 1957 dan bukan lahir di negara ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.