Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dari PKR memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dianggap sebagai membelakangkan kebebasan institusi Parlimen negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata tindakan itu juga mencemar nama baik Parlimen.

“Sebagai seorang pengubal undang-undang, ahli Parlimen PKR seharusnya lebih faham mengenai apa yang terkandung dalam Perlembagaan mengenai hak dan keistimewaan Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata tindakan itu mencerminkan pembangkang sengaja mahu mempolemik isu itu sehingga membawa ke mahkamah sedangkan terdapat cara lain yang boleh dilakukan termasuk mengemukakan usul kepada speaker Dewan Rakyat.

“Malah, isu yang dibangkitkan juga sudah diperjelaskan oleh speaker dalam satu sidang media yang diadakan minggu lepas,” kata Azalina.

Semalam, Pandikar melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hee yang mengheretnya ke mahkamah kerana tidak berpuas hati apabila 2 soalannya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak Dewan Rakyat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast