Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berjalan bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Pemimpin Pakatan Harapan dari Parlimen menuju ke Bank Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan isu 1MDB kepada Gabenor Bank Negara. foto IQBAL BASRI, 03 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Nampaknya pakatan pembangkang masih belum putus asa soal 1MDB.

Pagi tadi, sekumpulan 40 pimpinan Pakatan Harapan (PH) berarak dari bangunan Parlimen ke Bank Negara Malaysia (BNM) mahu bank pusat membuka semula siasatan kes 1MDB.

Mereka juga menghantar memorandum kepada Gabenor BNM, Datuk Seri Muhammad Ibrahim.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berjalan bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Pemimpin Pakatan Harapan dari Parlimen menuju ke Bank Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan isu 1MDB kepada Gabenor Bank Negara. foto IQBAL BASRI, 03 OGOS 2017

Isi kandungan memorandum tersebut antaranya menyebut; BNM perlu menyiasat perkara-perkara ini secara proaktif dan telus, dan kami bersedia memberikan sebarang kerjasama berkait isu ini sekiranya perlu, demi rakyat Malaysia dan integriti sistem kewangan negara”.

Perarakan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan disertai hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Mereka mula berjalan dari pintu masuk Parlimen kira-kita jam 9 pagi dan tiba di bangunan BNM pukul jam 9.35 pagi.

Mereka turut membawa kain rentang PH dan poster yang dipotong menyerupai bentuk berlian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast