Orang ramai dilihat mula menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016

PUTRAJAYA – Sistem pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh – Kajang (SBK) adalah yang termoden di dunia, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata, kesemua 31 stesen MRT itu disediakan surau dan tandas sekali gus menjadikan stesen pengangkutan awam yang paling selesa pengguna.

Menurutnya, pembinaan MRT adalah contoh kejayaan projek mega kerajaan yang efisien, bukan sahaja menepati tempoh masa, malah kurang daripada bajet yang ditetapkan.

Najib turut menolak dakwaan pembangkang wujud pilih kasih dalam pembahagian kontrak kepada kontraktor.

Katanya, 50 peratus nilai kontrak diberikan kepada bumiputera dan kontrak dibuar secara persaingan bukan mengikut kroni.

“Saya dimaklumkan 50 peratus peniaga yang berniaga di stesen MRT juga peniaga Bumiputera,” katanya ringkas ketika merasmikan Majlis Perdana Ulama-Umara dan NGO Islam bersama Perdana Menteri dan Pembentangan Indeks Syariah Malaysia 2017 di Pusat Konvensyen Putrajaya di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan sumbangan khas RM2 juta kepada NGO Islam dalam proses membina negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast