Felda Investment Coproration

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan perintah reman bekas pegawai khas kepada seorang bekas pengerusi Felda selama tiga hari lagi untuk membantu siasatan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.

Majistret Muhamad Safuan Azhar membenarkan lanjutan tempoh reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu yang bermula esok hingga 8 Ogos selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang berpakaian lokap SPRM dan bergari, tiba di mahkamah itu pada 8.30 pagi.

Dia ditahan di ibu pejabat SPRM pada 4 pagi, 1 Ogos lepas, setelah dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur pada 12.30 tengah malam untuk memberi keterangan.

Semalam, tiga pengarah syarikat berusia 57, 47 dan 51 tahun yang ditahan pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes itu, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

FIC dipercayai membeli hotel empat bintang itu pada harga yang melambung. Maklumat awal hasil siasatan pasukan penyiasat mendapati pembelian hotel tersebut menyebabkan FIC kerugian ratusan juta ringgit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast