Kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Selangor berhampiran sebuah pasar raya di Sungai Buloh kira-kira 7 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas kenderaannya melanggar enam kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Selangor berhampiran sebuah pasar raya di Sungai Buloh kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata pemandu berusia 36 tahun itu dilapor datang dari arah Kepong sebelum kenderaan jenis Toyota Hilux dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke arah bertentangan lalu melanggar kesemua kenderaan terbabit yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Akibat kejadian itu, pemandu terbabit serta dua kanak-kanak lelaki dan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu atau berbahaya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast