TOKYO – Pembuat kenderaan Mazda Motor Corp. akan mengkomersialkan enjin generasi baharu yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 20 sehingga 30 peratus pada 2019.
Menurut laporan Jiji Press, ia merupakan enjin petrol pertama dunia yang menggunakan sistem penyalaan mampatan, sebuah teknologi yang digunakan pada enjin diesel.
Rancangan ini termasuk dalam “visi jangka panjang pembangunan teknologi Mazda” sehingga 2030.
Syarikat pembuat kereta itu percaya, enjin petrol tersebut AKAN menjadi sumber tenaga utama meskipun kenderaan elektrik mula mendapat perhatian.
Katanya, sementara kenderaan elektronik menjadi sebahagian usaha untuk menghalang pemanasan global, Mazda percaya pembangunan berterusan keberkesanan bahan api pada enjin petrol adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida, kata seorang sumber.
Mazda akan membangunkan teknologi asas bagi kenderaan elektrik bersama Toyota Motor Corp. dan merancang untuk melancarkan model baharu yang menggunakan enjin berputar (rotary engine), teknologi unik Mazda sebagai alternator. – MalaysiaGazette