Home Ekonomi Rahamat Bivi dilantik pengerusi PIDM

Rahamat Bivi dilantik pengerusi PIDM

KUALA LUMPUR – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa dari 15 Ogos 2017.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Samad Alias, yang telah tamat perkhidmatannya.

Rahamat Bivi menganggotai Lembaga Pengarah PIDM dari Januari 2012 hingga 2017 merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi.

Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang bertanggungjawab bagi Bahagian Sistem dan Kawalan.

Rahamat Bivi memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan ijazah Sarjana Ekonomi dari Western Michigan University, Amerika Syarikat. Beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Australian National University, Australia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast