SHAH ALAM – Program Nothing To Hide 2.0 terpaksa dihentikan serta-merta akibat keganasan yang berlaku ketika sesi soal jawab bersama Tun Mahathir Mohamad.
Kekecohan bermula ketika seorang peserta program bertanya soalan berkenaan tragedi Memali, secara tiba-tiba kelihatan kasut, botol air dan kerusi dibaling ke arah Tun Mahathir.
Suar juga turut dibaling ke arah penonton yang lain, selain laungan “diamlah Kutty” turut kedengaran.
Keadaan semakin tidak terkawal apabila pihak penyokong PPBM bergaduh sesama sendiri.
Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi venue utama program tersebut, menjadi kecoh selama hampir setengah jam.
Berikutan kekecohan tersebut, dua lelaki dipercayai terlibat dalam provokasi yang mencetuskan huru-hara berkenaan ditahan polis dan dibawa ke balai polis berdekatan.
Ketika dibawa masuk ke kenderaan polis, suspek berkenaan juga dilihat mengalami kecederaan, lebam dan luka di beberapa bahagian badan akibat dipukul oleh penyokong PPBM sebelum diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette
Comments are closed.