KUALA LUMPUR – Video seorang perawat mengeluarkan seekor ular daripada perut pesakit dan membakarnya dengan melemparkan kopiah menjadi tular di media sosial.
Dalam sesi rawatan yang diadakan di kawasan hutan itu, perawat berkenaan, Ustaz Md. Rosdi Hasan merawat seorang pesakit lelaki yang menderita sakit misteri yang dihidapnya kira-kira 20 tahun.
“Seorang pesakit misteri yang selalu mengalami kejadian aneh selama 20 tahun terpaksa dirawat didalam hutan dengan menggunakan minyak zafaran yang telah di wafakkan dengan doa yang diajar oleh guru saya untuk mengeluarkan mahluk siluman yang berada didalam badan pesakit.
“Alhamdulillah dengan dibantu oleh rakan-rakan, siluman didalam badan pedakit berjaya dikeluarkan dalam bentuk menyerupai seekor ular,” kata Mohd. Rusdi dalam media sosialnya.
Lokasi kejadian tidak diketahui namun Mohd. Rusdi dikatakan mempunyai pusat rawatan di Klang dan Kedah.
Sementara itu, dalam video dimuatnaik, pesakit berkenaan mengaku kesihatannya semakin pulih selepas dirawat dan dia sendiri hairan bagaimana seekor ular keluar daripada duburnya.
“Sakit dah lama, sampai tak boleh bangun dulu kini lega sikit dah pulih,” ujarnya.
Ramai netizen menganggap apa yang berlaku sebagai helah perawat namun ada yang tidak menafikannya kerana semua berlaku atas kehendak Allah.
walau pun dengan rupa ular ia tidak bermakna ular. hakikat ular itu ialah dari kalangan jin yang melata dibumi.