KUALA LUMPUR – Belum pun isu kekecohan forum Nothing To Hide 2.0 anjuran PPBM selesai parti itu kini menganjurkan Pertandingan Foto Merdeka #MalaysiaBersatu sempena hari kemerdekaan.
Menerusi maklumat pada promosi pertandingan itu penganjur menjelaskan peserta perlu mengambil gambar diri sendiri bersama Jalur Gemilang dengan persembahan kreatif dan menarik.
Gambar tersebut kemudiannya perlu di posting di media sosial dengan meletakkan hashtag #MalaysiaBersatu.
Tiga pemenang utama pertandingan itu akan berpeluang untuk minum petang secara santai dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Penganjur memaklumkan tarikh tutup penyertaan bagi pertandingan itu adalah pada 31 Ogos pukul 11.59 malam.
Walaupun bertujuan mempromosi parti namun idea kreatif itu wajar dipuji berbanding parti pembangkang lain seperti DAP, PKR dan PAN.
Bagaimanapun, ada yang kata salah satu tujuan penganjuran bagi meredakan suasana ketegangan yang berlaku pada forum Nothing To Hide. – MalaysiaGazette