Puan Sri Juriah Ahmad, isteri kepada Tan Sri Musa Hassan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya pukul 10.17 malam ini.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Abd Rahim Ishak meninggal dunia awal hari ini selepas mengadu sakit ulu hati.

Abd Rahim, 55, meninggal dunia kira-kira 3 pagi ini ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan.

Difahamkan beliau memandu sendiri ke pusat perubatan tersebut bagi mendapatkan rawatan.

Berita kematian Abd Rahim itu disahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek.

Abd Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara pada 16 Jun tahun lepas.

Abd Rahim turut hadir pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang di Dengkil semalam yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Bahagian Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Jenazah akan diuruskan untuk pengebumian di Bukit Mahkota, Bangi, selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast